Followers

Tersimpul Janji Antara Kami :

Daisypath Anniversary tickers

Terlafaz Ijab & Kabul Bersama :

Daisypath Anniversary tickers

Bukti Cinta & Anugerah Ilahi :

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, April 26, 2011

Resepi Red Velvet Cake


Baru-baru ni gatal tangan nak buat red velvet cake..hihi..sebenarnye dah lame kakak aku suruh buat..katenye best..tapi salu xde mase nak buat kek ni..bile da buat, wahhhhh...memang bestttttt...ditambah lagi dengan topping cream cheese tuuu...gile kejap pas makan...hihihihi...

Kek ni x susah pun nak buat..cume perlukan kesabaran..hehe..kalau buat kek dengan penuh rasa cinte & sabar, hasilnye memang marvelessss... ^_^

so kat sini i share resepi nye yerrr...

Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara :

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. 

Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Hasilnya......... Taddddaaaaaaaa!!!!!!!


* Kek Besday aku yg ke 27..hehehe..buat sendiri jerrr...nyum2!

1 comment:

  1. RESEPI TOPPING CREAM CHEESE SIMPLE

    350 gram Cream Cheese
    Pastikan ia telah dilembutkan

    1 1/2 buku butter
    Pastikan ia telah dilembutkan dan berada dalam suhu bilik

    1 1/2 sudu teh vanilla essence

    1 1/2 cawan gula halus (confectioner sugar) - boleh dikurangkan jika mahu kurang manis ikut citarasa

    CARA :
    - putar sekaligus hingga kembang & smooth. Jika adunan agak pekat, boleh tambah susu segar sedikit utk lembutkan adunan.jangan sampai tercair pulakkk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...