Bertukar Angen!

Posted by Fariha Norbaya | 7:37 AM | | 0 comments »

Tadi time shopping kat Giant, tetibe teringat nak beli Nestle Coffee Latte (feveret drink aku ni...). Tapi malangnye xde yang sejuk.huhuhu...Akupun pusing2la carik air tin yang best sket. Nak stop kat Petronas dah malas nnti..Yela,time ujan cmni..

Skali aku nampaklah satu air tin ni. "Cam best jekk.." Hahaha! Betullll...Best2. Aku penah nampak air ni dulu.Tapi, tak tergerak nak amek check. Ternyata Boss Coffee Latte ni memang best giler! Sesuai gile utk org mcm aku yang keje tengah2 malam.hihihi..untuk hilangkan ngantukkk!

Tapi, bahaye jgk minum coffee ni..Lame2 ketagih dowh...


FEVERET DRINK TERBARU AKU!

Artikel Majlis Pertunangan

Posted by Fariha Norbaya | 8:24 PM | , , | 0 comments »

Hohohoho... dari semalam hujan x berhenti..sedapnya kalau tido nieee....heheheheh...

Haaa...ni nak paste sumthing!keh3.. Khas untuk kami2 yang belum berkahwin lagi nie @ dgn kata lainnya BUJANG TRANG TANG2...hihihi... Artikel ni memang useful la utk aku.. Almaklumlaaa...heheheh...faham2la yerrrr....


Artikel : MAJLIS IMPIAN
Web : http://majlisimpian.com

Untuk post hari ni, kita masih lagi membincangkan tentang majlis pertunangan.
Dari kaca mata saya, majlis pertunangan ni bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan. Namun dalam majlis itu juga, kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk “bermesyuarat” tentang masa depan pertalian tersebut.
Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan, bukanlah seperti mesyuarat di parlimen atau di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan sireh (kalau reti lah :P ). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.
Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan.
Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai usul-usul yg berbangkit. Jadi, persoalannya..Apakah yang perlu kita bincangkan dalam mesyuarat ini?
3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:
  1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan
    Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.)

  2. Jumlah hantaran yang dipersetujui
    Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.
  3. Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.
    Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-3 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan). Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.
Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya. Itu sahaja.
Ha-ha..cakap memang senang. Kadang-kadang, kita & parents dah setuju dah..tapi karang keluar pulak suara-suara dari pak-pak sedara yang membangkang penyataan pihak pencadang. Tak salah, tapi sampaikanlah perkara yg tidak dipersetujui dengan cara yg beretika. Kekalkan kesopanan dan tata-susila orang Melayu. Cakap biar berhalus. Orang Melayu ni hatinya sentitip (kata mak sedara saya).
Ok itu sahaja untuk hari ini. Moga post ini dapat membantu anda yang sedang sibuk membuat persiapan pertunangan.
 Wahhhhhh.... satu tips & ilmu yang memang best utk aku. Semangat nak menghadapi majlis pertunangan! hihihihi...

Sebenarnya, membuat kek dan biskut juga perlukan sedikit pengetahuan asas.
Hari ini, bukan kaedah memasak saja yang penting, malah bagaimana memilih ramuan kek dan biskut yang baru dalam pasaran.


Berikut adalah beberapa tips yang saya nak kongsi ngan korang :

Telur
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit.
Ini kerana lebih ramai orang membeli telur di pasar dibandingkan dengan kedai-kedai. Begitu juga dengan pasar raya. Pasar raya yang sering ramai pelanggan, telurnya sering habis dijual dalam masa satu dua hari.


Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Jangan gunakan telur besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan lantas menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik, pembuat kuih akan menambahkan tepung ke dalam adunan. Kalau tidak berhati-hati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.

Ujian serupa boleh digunakan jika anda dikehendaki memukul putih telur hingga cukup gebu.

Mentega
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.


Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.

Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan biskut bantut.

Setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, jangan uli berlebihan. Cukup setakat menggunakan hujung-hujung jari saja untuk mengadunnya hingga rata. Menguli doh berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.

Oleh itu, apabila membuat biskut, buat satu adunan dahulu. Jika mahu ditambah, baru diadun lagi. Dengan demikian, anda tidak perlu adun mentega dalam jumlah banyak kemudian uli doh dalam jumlah yang banyak juga, hingga adunan dilakukan secara berlebihan dan mengganggu tekstur doh.

Bagaimanapun, jika anda hendak mengadun biskut dalam jumlah banyak, sebaiknya gunakan mesin pengadun dengan alat adun berbentuk 'K' atau lazim dipanggil sebagai 'K beater'.
Begitu juga apabila mengadun kek. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.


Bakar Kek dan Biskut

Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.
Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga adua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.


Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.

Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.

Apabila anda membakar dua dulang biskut sekali gus dalam dua rak berasingan dalam ketuhar, pastikan anda alihkan biskut di rak atas ke rak bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh jalan. Dengan demikian, biskut anda akan masak atau garing sama rata.

Menyimpan Kek dan Biskut
Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.


Untuk biskut pula, simpanlah semua biskut dalam tin atau bekas yang betul-betul kedap udara. Anda boleh taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut sudah lemau, panaskan semula di dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula.

Akhir sekali, anda di ingatkan agar fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek atau biskut dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, pasti anda akan kecewa dengan hasilnya..

SELAMAT MENCUBA !!!


Hohoho... Jap tadi duk browse2 pelamin2.. sambil fikir2 pelamin cene ek nak guna untuk majlis bertunang... Dulu kakak amek ngan Abg Zul (ZUL MEMPELAI). Satisfied gakla ngan hiasan pelamin Abg Zul buat.



Pelamin yg Abg Zul siapkan utk my sister. Cute je,kan? Guna bunga sundal malam. Wangi sgt..


So, sekarang ni my turn la pulak... hehehe... sebenarnye date x pilih lagi, just buat preparation awal2. So, nanti xlah kelam kabut. Mase browse2 tadi, adelah beberapa design pelamin yang berkenan di hati nie.. Rase nak share gak ngan korang. Kalau ade yang berkenan tu,silalah komen ye..hihihi..bolehlah dijadikan panduan nnti.. :)



randomly pick, x ingt blog sape. But, nice gile..simple!



Ni pun ok..



Rasa mcm puteri kayangan lak kalau buat pelamin camni,kan? i like.....



This one memang menjadi pujaan ni... huhuhu...dari butik PUTERIS. Memang cantik giler!!!
Tapi, mesti mahal gile ek...^_^


Note : Pening jugak nak pilih.. hihi... nak guna fresh flower ke, bunga plastik je ek...

Hehehe... jangan terkjejut lak bace title entry nie. Bukan apepun, just nak berkongsi cerita sket ngan korang. Al-kisahnye, after isya' tadi my sister & me pegila satu tempat shopping tu... Glemer gile la tempat tu kat KT nie..Tapi, tetap x leh lawan keglamouran mall sebelahnye..hahaha!

Sesaje je gi tempat ni beli barng sket.. adelah dalam 4 items. So, x payahlah susah2 nak kena beratur panjangkann... Sayepun cepat2lah berjalan menuju ke kaunter EKSPRESS.. hehhhh... Ekspressla sgt.. Ade ke patut sorang uncle ni dengan muke selambe badak masuk line ekspress dengan 2 TROLI SARAT DENGAN BARANG DAPUR!!! Padahal, dia dah nampak kami2 kat belakang ni beratur panjang... Dahla barang banyak, siap banyak songeh lak duk tanye2 harga beras yang dia beli 2 beg tu..Kat resitkan ade, tengoklah puas2 bile dah sampai rumah nnti...Adoi...pakcik2....

Yang membuatkan kami BERTAMBAH bengang, si CASHIER kaunter ekspress tu... Sepatutnye tegurlah pakcik tu, cakap "PAKCIK, NI KAUNTER EKPRESS. HANYA 10 BARANG KE BAWAH JE...MAAF, YER." Ni tak, scan, lepas scan, scan..pastu scan lagi...sampailah habis 2 troli tu.. Kami masing2 yang beratur ni dah panas dah... Last2, elok2 je pakcik tadi tu blah, kakak ku dengan hati yang memang dah panas tu SOUNDlaaa minah cashier ni...

" Dik, awak tau kan ni kaunter EKSPRESS??? Apsal awak x tegur pakcik tadi tu? Awak nampak x kami semua ni beratur lame mane? (adela dekat 10minit...gile..) Kaunter punyela banyak.. Macam ni ke buat kerja? Kesianla orang yang beratur ni, dengan harapan nak cepat, last2 makin lambat." Hahaha...kena sebijik cashier tu.. muka bengkek gile...semua da tengok da..siap angguk2 lagi..hahaha...adoi... Si cashier diam je, jeling...memang nak kenala tu kot..

Cite x habis stakat tu je...hehehe... nak tau ape lagi dia buat???

" Dik, ni bukan barang sayela! Apsal scan skali dengan barang kakak ni (refer to sorang sister belakang yang baru je letak brg dia kat tepi)?" hahaha..adoi...gelabah kot lepas kena tegur tadi... Siap TERSCAN 2 KALI TUUUU... hahaha...kesian sungguh... Last2, supervisor dia datang setelkan...

Tulaa..buat keje jangan main sapu je...Dahla sikitpun x senyum...apelaaa...Kalau si cashier tadi tu keje kat JUSCO, memang terukla kena ngan orang atasan...

Moral of da' story : Kejelah elok2 walau apa keje sekalipun.huhuhu... ^_^