Followers

Tersimpul Janji Antara Kami :

Daisypath Anniversary tickers

Terlafaz Ijab & Kabul Bersama :

Daisypath Anniversary tickers

Bukti Cinta & Anugerah Ilahi :

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, May 20, 2011

Cheesecake


Sambil2 buat persiapan wedding, nak share sikit resepi cheesecake yang sangattt sedap! terangkat woo.. ^_^ Salu buat guna resepi ni untuk makan2 kat rumah..

Resepi Cheesecake
- bakar mcm tu je trus, x payah guna bain marie (resepi ni utk yang malas..hehehe..)

Bahan Base :
100gram biskut * boleh guna apa2 jenis biskut (i gune oreo jer..hehe..sebab sedap!)
2 sudu besar mentega - dicairkan

- utk base ni, hancurkan biskut (i blender trus..senang sikit..kalau guna oreo, buang inti). pastu gaul bersama mentega yang dah dicairkan sampai sebati.
- tekan pada loyang & ratakan. kalau nak senang guna spring foam. kalau xde, guna loyang 7inci yg dah disapu mentega & alas dengan baking paper.
- bakar 10 minit dengan suhu 170'c. dah masak, ketepikan biar sejuk sikit.

Bahan-bahan utama :
250g cream cheese
200ml fresh cream/ plain yogurt
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus lemon
2 biji telur gred A
90 g gula halus

- masukkan kesemua bahan ke dalam bowl & putar sebati hingga berkrim.
- masukkan ke dalam loyang berisi biskut tadi.
- bakar selama 45 - 50 minit suhu 170'c.
- sejukkan sekejap dlm oven (api & suhu tutup, pintu oven dibiar terbuka sikit)
* part ni jgn risau kalau kek stil lembik.cheesecake mmg macam ni. dah sejuk nanti, masukkan ke dalam peti ais semalaman sblm dimakan. cheesecake akan keras sendiri esoknya. baru keluarkan dari loyang.

my cheesecake lepas di topping dgn blueberi filling
yummy!!!

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum. K.shima copy resepi ni. Nampak sedap bila tengok topping yg mengalir tu. Tapi buatnya entah bila la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...