Followers


Tersimpul Janji Antara Kami :

Daisypath Anniversary tickers

Terlafaz Ijab & Kabul Bersama :

Daisypath Anniversary tickers

Bukti Cinta & Anugerah Ilahi :

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, December 26, 2010

Resepi Donut

Kali ni aku nak share resepi donut yang aku dapat dalam myresipi.com. resepi asal dari HaSue..memang sangat sedap, gebu & lembut walaupun digoreng keesokan harinya. dah banyak resepi yang aku try, tapi tak memuaskan..alhamdulillah terjumpa resepi best nie..memang puas hati tahap gilerrr..hehehe..sebab aku mmg peminat setia donut..

tryla resepi kat bawah ni yer!

500gram tepung high protein (*aku guna tepung baker choice)
200ml air suam-suam kuku
1 paker yis segera - 11gram (jenama mauripan @ apa2 brand)
50gram marjerin
1 sudu makan (penuh) shortening - lemak sayur
2 sudu makan (penuh) gula pasir
2 sudu makan susu pekat
1biji telur
1/2 sudu teh garam halus

gula halus @ toping kegemaran anda

Cara-cara :

1 - dlm bekas yg agak besar, tuangkan air suam. masukan yis segera, gula pasir, susu, shortening & marjerin.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.


2 - Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.


3 - Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


4 - Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.


5 - Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).


6 - Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7 - Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)


8 - Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

ni aku perap selama 10 minit...jeng3x... 
Hasilnyaaa.....Walllaaaa!!! gebus gitu naiknyerrr...

ni aku goreng utk frozen.kejap je goreng,then masuk fridge. esoknye goreng stillllll lembutttt...

tengok donutkuuuu...cantikkkkkk kan??? sgt besttt & gebusss!

2 comments:

  1. salam..baru lepas buat donat..memang best respi ni..senang plak tu...huhu,tapi gambar x ambik... nak mtk copy to my blog bleh tak? tq byak2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...