Followers


Tersimpul Janji Antara Kami :

Daisypath Anniversary tickers

Terlafaz Ijab & Kabul Bersama :

Daisypath Anniversary tickers

Bukti Cinta & Anugerah Ilahi :

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, February 25, 2009

Cara membuat kek coklat mudah & enak!!!


Ikuti langkah2 mudah
menyiapkan kek coklat yang pasni moistttttt....!!!


Nyum...Nyum...Nyum...

Sumber: akizila@myresipi.com Edited by : Farin

Bahan-bahan ( tuk saiz loyang 9 inchi )

  • 375 gram mentega - dicairkan (atas api biasa)
  • 1 tin susu cair ideal
  • 2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum -diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikrbonat
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan mentega. kemudian masukkan susu cair.(pastikan mentega cair sepenuhnye sebelum masukkan susu)

  2. Masukkan gula. kacau sehingga gula cair dan sebati. biarkan mendidih sebentar. kemudian tutup api. Biarkan aduan suam sedikit.

  3. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

  4. Kacau telur sehingga berbuih.(kacau guna garfu je)

  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam aduan yang telah disuamkan tadi. Kacau hingga sebati. (pastikan telur tidak berketul)

  6. Kemudian, masukkan bahan2 yang di ayak td sedikit demi sedikit ke dalam aduan. kacau sebati.(pastikan aduan tidak berketul)

  7. Panas kan oven. Isikan aduan ke dalam loyang. Bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30-40 minit. Kek ini juga boleh dikukus. kalau kukus , perlu dikukus selama satu setengah jam. (kek yang dikukus biasanya lebih lembab) . :)
* Suhu bergantung pada oven jugak tau.

4 comments:

  1. i baruuuuuu je siap buat cake ni. (br upload pic kt blog)
    coolness la recipe ni!! i likeeeee
    masehhhh!

    ReplyDelete
  2. Bahan yg simple & sng didapati..TQ..Nant kalu da try ada sy inform gi ek..:)

    ReplyDelete
  3. bru nk try.. wish me luck.. nk tny la.. boleh guna tepung naik sendiri jg kan..

    ReplyDelete
  4. Askm saya aini, saya ni minat sangat nak buat kek dan apa2 saja yang berkenaan dgn pastri, boleh tak kalau saya nak belajar dari akak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...