Followers


Tersimpul Janji Antara Kami :

Daisypath Anniversary tickers

Terlafaz Ijab & Kabul Bersama :

Daisypath Anniversary tickers

Bukti Cinta & Anugerah Ilahi :

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 21, 2013

Anak Daraku Sudah Besar!

Tarraaaaaa....iklan jap...hehehe...ni laa anak dara aku...anak pertama kami...sekejap je dah besar..skarang ni dah masuk 1year 2month...becoknye ya ampunnnnnnn....huhuhu..orang kate anak pompuan memang mcm tu...asal celik mate je potpetpotpet...hihi..xpela nakkk...buat teman mama ko ni kat rumah yerr..

Dari review aku, masuk 1 year usia Zara dia dah pandai kenal :
BAS & LORI..pantang nampak,mesti akan sebut "Waahhhhh"..hihih..klako btulla...
Papa & Mama tu memang dari se awal 3 bulan tauuu...da pndai sebut..haaaa...gud girlll....
Panggil mak mertua aku dgn panggilan NENEK
panggil sepupu laki2nya ABANG & ALONG
Sponge Bob..hahaha..napela ko gelemr sgt di mata anak aku...akupun heran..dalam bilik air byk lak tu sticker ko, SB...

banyak lagi keletahnya..penat aku menaip ni haaa...huu..itula ragam anak kecil yg baru kenal dunia..
Mama doakan Zara jadi seorang insan yang celik akal,celik hati & celik segalanya laaa...n jadi anak yang solehah... ^_^ luv u darlinggggg...mmmuaahh...

Poding Roti Kukus

Hari yang sangat panas & BERJEREBU di Senai Johor....mak aiihhh...kalau la bulan puasa cenela nanti ekk..sekarang ni pun dah cukup hebat tekakku menanggung keperitan...huuu...kesian kat Zara..kecik2 lagi da kena hidu bau asap jerebu ni..Hopefullly hujan akan turun dengan lebatnya buat beberapa hari pasni...

Ok,berbalik kepada cerita asal..korang nampak gambor kat atas tu???nyummm..nyummm... Haaaaaa....gambor ape tu kawan2???hihihi...ni laaa dia puding roti version kukus yang aku buat tadi...ntah ape mimpi ntah aku ni..tetibe terrajin nak godek puding ni..pagi tadi tertengok roti gardenia banyak lagi atas meja..rugi lak kalo dibiarkan..ekceli,aku tersilap beli roti smalam..asalanye nak beli roti butterscoth untuk si Zara ni.. (huiii..peberet dia tuuu...makan sambil ngadap tv bagi 3,4 kepingpun xpe)..tapi xde stok lak kat kedai runcit..amek jela roti biasa..

So, pas siap godek2 adunan akupun kukusla puding ni.dapat 2 bekas besor...hihihi..puas hati makan sejuk2! Nak membuatnye pun senangggggggg yang amattttt...kalo korang malas jugak nak buat,aku tak taula nak cakap ape..kikikiki...

Meh sini nak share resepi...puding ni dijamin sedap! lemak berkrim!

RESEPI PUDING ROTI KUKUS

5 keping roti potong 4bahagian
mentega untuk sapu permukaan roti (blakang depan tauuu)
1 tin susu cair (aku guna brand Ideal..memang berkrim!)
2 biji telur ayam...jangan guna telur penyu lak...hahahaha...masak korang nanti...
4sudu besar gula
sedikit esen vanilla
kismis utk tabur

- mula2, roti tu korang sapu ngan mentega.potongla 4 bahagian each.ketepikan kejap.jgn dimakan lakkk..
- pastu,amek mangkuk lain.korang pecahkan telur.gaul sebati.masuk gula,susu cair n esen vanila.gaul sebati.
- amek loyang @ bekas, susun roti tadi tu.
- tuang adunan susu tadi ke atas roti. tabur ngan kismis!
- kukus 20-25minit hingga masak.
- masuk peti ais.tunggu 2,3 jam baru sedpa di makannnnn...

Haaaaaa...slamat mencuba!!! kalau malas, jemput tengok jela puding mak jemah ni yerrr...hihihi...adiossssss!

Tuesday, November 6, 2012

Durian Crepe

Entri yang korang tunggu2...heee..tunggu ke??? yela..yelaa...
Sekarang ni musim semua demam ngan benda alah ni..sana sini orang duk cari DURIAN CREPE... akupun tak terkecualilaa.. asalnye malas nak buat..aku carila sesapa yang boleh buat kat area Senai ni.. tapi x berhasil...huuu..bukan sebab xde yang buat, tapi diorg semua x available lerrr...

So aku amek keputusan (cewahh..) untuk buat sendiri... lagi satu, sebab semalam  kebetulan husband aku balik keje and bgtau aku, ofismate dia bawak durian crepe bagi satu sorang..huhhh... ini x boleh jadikkk... aku punnnn x merasa lagikkk... Nak kena buat jugak walo apepun terjadikkk...
hohoho... so lepas Isya' aku ajak hubby kua g econsave! nak beli tepung ubi kayu...heheh.. bahan lain semua dah ada dalam icebox.. so jimattt duit smalam..kui3...

Adeh..panjang lak berloteh..lenguh jari duk menaip...huu..
Dipendekkan cerita, lepas balik umah campur tolak tidurkan si Zara, kol 2 pagi baruuuu aku start...sadissss...ngantuk weiii...tapi sebab hubby cakap dia nak makan jgk, sku buat jgk..hehehe.. kan isteri solehah ni.... ^_^ aminnn...

okehhhh...
korang tengok2la resepi kat bawah ni yerrr...
aku buat 1 adunan ni dapatla 12-13 keping. byk jugak!
Sila salinnnn ye anak2.....hihihi....

Bahan-Bahan : 
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar gula halus
1 penutup esen vanila
pewarna (ikut suka hati koranglaaa nak warna ape ye!)
sebiji telur (basuh dulu,kang jadi haram lak makan...)
3 sudu teh butter / dicairkan
160ml air
40ml susu cair/susu segar

tu je bahan2nye,mudah sgtttt kan???

Cara - Cara :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus td..
Kemudian.. tuang susu cair keatasnya..
Kacau sebati dgn menggunakan whisker..
Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..then masuk esen vanilla
masukkan pula air..kacau2..
masuk lak butter yang dah cair tadi
masuk pewarna..kacau sebati..
then tapis (utk bagi adunan tu cantikkk...)

******************
Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan.. 
Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..


Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..
Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan. kalau pandai angkat, angkatlaa..kang koyak tanggung sendirik...hehehehhe

Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..

Resepi inti lak :
non dairy whipping cream @ fresh cream
isi durian..jgn lak korang amek biji durian skali...naye org gigit nnti x luttt...
haaaaa...ni durian yang aku beli weekend baru2 ni..
mahal woooo....bukan musim mmglaaa...sengal beli tu kenape...huuu
1kg RM18 hengget...hambek kauuuu...cepatla tokey durian tu naik haji nnti yerkkk...

korang putar whipping cream tu sampai gebu n ringan..x yah tambah gula, sbb whip cream ni da manis...
trus boleh gunaaa...

Cara menggulung Crepe :
Kornag letak cream, pastu lapis ngan durian pastu taruk cream lagi..
gulunglaaa...hehehe..suka hati korangla nk gulung mcmane asal jgn tumpah isi dalam tu sudala labuuuu....


SELAMAT MENCUBA !!!

Friday, March 16, 2012

Nasi Goreng Mentega

Hari ni macam x tau nak masak ape..hehe..duk berdua je kat umah,kan..nak masak banyak2 takot membazir lak... jadi kitepun buatla nasi goreng... kali ni nasi goreng special sket! sebab guna mentega.. Buttercup lagi, you... ^_^ kebetulan udang adelah dlm 20 ekor kat dalam fridge. menggorengla kite petang ni!

Actually, resepi ni sangatla sesuai untuk kite2 yang ade penyakit 'M'..hehehe..sebab sgt simple! Kite lak dah x larat nak berdiri lame2..pewottt da makin besar..cepat jek lenguh..huuu...dapat buat yang simple2 jek..kalau x larat sangat, DRIVE THRU jek kat mcD...kuang3...ok...ok... jom layan resepi kat bawah ni..budak darjah 6 punnnnn boleh buat... (saje sebut darjah 6..kang kalo sebut darjah 2 mcm kejam sgt..kecik2 da main api kat dapur...huuu...)


NASI GORENG MENTEGA
(2-3org makan)

4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup..rase lemak sikit)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
10 ekor udang (optional)

Cara-cara
1. Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.

2. Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.

3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.

*mode : tunggu hubby balik keje, makan skali! ^_^

Monday, March 5, 2012

Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)


Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).

Selalunya fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.


6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.

9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.

10) Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

11) Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik.Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...